Pages

Jumaat, 19 Oktober 2012

perkara yang perlu dilakukan pada bulan zulhijjah

perkara yang dilakukan ialah pada kemuncak Zulhijjah iaitu 10 harinya yang pertama. Ibadah yang dilakukan pada hari-hari itu memiliki kelebihan tertentu di sisi Allah SWT. Imam Al-Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada hari-hari di mana amal saleh padanya yang lebih Allah cintai daripada (amalan yang dilakukan) pada hari-hari ini, yakni 10 hari pertama bulan Zulhijjah." Seorang sahabat bertanya: "Tidak juga jihad di jalan Allah?" Rasulullah SAW menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah. Kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali lagi." Menurut Ibnu Rajab Al-Hanbali, hadis ini menjadi dalil bahawa sebuah amalan kecil yang dilakukan pada saat-saat tertentu boleh menjadi lebih baik daripada amalan besar yang dilakukan pada saat-saat yang lain. Ibadah solat, puasa dan zikir yang kita lakukan pada 10 hari awal Zulhijjah ini pahalanya boleh melebihi amalan jihad yang dilakukan pada hari-hari yang lain. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121016/ba_03/Kelebihan-Zulhijjah#ixzz29jWOcbJD © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: