Jumaat, 19 Oktober 2012
perkara yang perlu dilakukan pada bulan zulhijjah
perkara yang dilakukan ialah pada kemuncak Zulhijjah iaitu 10 harinya yang pertama. Ibadah yang dilakukan pada hari-hari itu memiliki kelebihan tertentu di sisi Allah SWT.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada hari-hari di mana amal saleh padanya yang lebih Allah cintai daripada (amalan yang dilakukan) pada hari-hari ini, yakni 10 hari pertama bulan Zulhijjah."
Seorang sahabat bertanya: "Tidak juga jihad di jalan Allah?"
Rasulullah SAW menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah. Kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali lagi."
Menurut Ibnu Rajab Al-Hanbali, hadis ini menjadi dalil bahawa sebuah amalan kecil yang dilakukan pada saat-saat tertentu boleh menjadi lebih baik daripada amalan besar yang dilakukan pada saat-saat yang lain.
Ibadah solat, puasa dan zikir yang kita lakukan pada 10 hari awal Zulhijjah ini pahalanya boleh melebihi amalan jihad yang dilakukan pada hari-hari yang lain.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121016/ba_03/Kelebihan-Zulhijjah#ixzz29jWOcbJD
© Utusan Melayu (M) Bhd
BULAN BULAN YANG DIHARAMKAN DALAM ISLAM
Sesudah bulan syawak kita dapati bulan Zulqaedah. Bulan Zulqaedah adalah termasuk salah satu dari empat bulan yang disucikan, sehingga orang berperang dalam bulan-bulan tersebut. Khutbah Rasulullah : Wahai anda semua! Bahwa mengundur-ngundurkan bulan suci itu hanyalah menambah kekafiran saja. Disesatkan Tuhan dengan itu orang-orang yang kafir, yang melanggar kesucian bulan-bulan itu dalam satu tahun, dan disucikannya dalam tahun yang lain supaya sesuai jumlahnya dengan bulan yang disucikan Tuhan), lalu mereka menghalalkan apa yang diharamkan Tuhan dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Dan ingatlah bahwa zaman ini telah berputar seperti halnya ketika Allah menjadikan langit-langit dan Bumi. Dan ketahuilah! Bahwa bilangan bulan ada dua belas bulan, diantaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut ialah Dhulqaedah. Dhulhijjah dan Muharram dan yang keempatnya ialah bulan Rajab (mudlar) antara Jumadil Akhir dan Sya’ban (khutbah Rasulullah dalam Haji Wada’, riwayat Al-Bukhari).
Dengan hadits tersebut jelaslah bahwa kota Mekkah di dalamnya terdapat :
Ka’bah (Baitullah)
Tempat Sa’I antara Safa dan Warwah
Sumber Air Zam-Zam
Tempat Tawaf sedang diluarnya kita dapati 1. Arafah. 2. Minaa. Dimana mereka dapati tempat melempar Jumrah dan 3. Tempat orang memotong binatang Qurban.
Dan tempat-tempat tersebut telah dijaga rapat dengan Undang-Undang yang diturunkan dari langit (surat Al-Baqarah ayat 158) dan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad seperti maksud hadis tersebut di atas.
Tegaslah bahwa selama tiga bulan Kota Makkah wajib tetap dalam keadaan aman sentosa bagi mereka yang dating sengaja untuk menunaikan penggilan Ilahi (berjanji), sejak datangnya sampai pulangnya.
Selain hadis tersebut Rasulullah telah pula mempertegas kesuciannya Korta Mekkah, pada waktu beliau mengambil Kota tersebut dari tangan Musyrikin Qurays. Artinya : sesungguhnay Kota Makkah mefrupakan Kota suci dengan kesucian Allah. Allah tidak menghalalkan bagi utusan-Nya (dalam mengatur tata tertib dan memberikan hukuman) kecuali hanya satu saat yang pendek dari “siangnya hari penaklukan Kota Mekkah saja”. Beliau menandaskan lagi bahwa tidak boleh ada penyelundup di tengah-tengahnya, tidak dikejutkan binatang berburuannya dan tidak diperkenankan dipotong kayu-kayunya. (khutbah Rasulullah waktu Fathu Mekkah).
Oleh karena itu Kota Makkah sejak 1395 tahun lamanya telah terjaga dan terpelihara kemanannya. Sehingga semua para hajji selalu merasa aman dan tenang dalam melaksanakan ibadah hajinya, sejak datangnya sampai pulang.
Kesucian Baitul Haram (Al-Ka’bah)
Sesuatu yang sangat berharga dari ni’mat pemberian Allah kepada kaum Muslimin ialah larangan berperang di sekitar Baitul Haram (Al-Ka’bah) daerah itu dijadikan Tanah (daerah) haram dan aman.
Adapun batas-batas haramnya tidak saja disekitar Masjid Al-Haram di Mekkah seluruhnya dan daerah diluarnya sekitar enambelas kilo meter.
Dapat digambarkan kesuciannya sebagai berikut : kalau ada seorang keluarga (anak atau kakak) berjumpa dengan pembunuh ayahnya dalam tanah haram tersebut, ia tidak boleh mengganggu dan membalas dendam di dalam tanah Haram itu. Kutipan surat Al-Qasas ayat 58 dan surat Al-Baqarah ayat 125.
Tetapi sekalipun dalam bulan-bulan suci itu tidak diperkenankan berperang, lain halnya untuk membela dan menangkis serangan maka larangan tersebut diberikan ke-istimewaan-nya
Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
atuk2
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0KB5ZumokkCjaGKMliivYzZvaiM_qlvHmnU2_61zP8iFyPx0AIu0zrf8xzeai4aJKksioRAZUi6kL-waskhK9u6KnAcxwcLfCfVzB7IQR87D-zxkKAZ0A3jfsaIGQEwJ4mKlVqx94MSA/s1600/Koleksi+Gambar+Lawak+24+%25281%2529.jpg
Rabu, 22 Februari 2012
rumah paling selamat di dunia
Safe House, direka oleh Robert Konieczny berasal dari Poland. Rumah ini direka sebagai rumah paling selamat untuk didiami. Menggunakan dinding concrete yang boleh ditutup rapi. Ianya dikawal dengan menggunakan remote control beserta security codes. Lihat transformasi rumah ini di sini
Rabu, 11 Januari 2012
Belas kasihan
Sebuah kisah menarik semasa insiden letupan sebuah kilang di Nanjing, China pada 28 Julai 2010 lalu. Peristiwa nahas yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan 300 orang ini menceritakan sebuah kenyataan yang menyedut banyak perhatian awam.
Semasa letupan di kilang tersebut berlaku, seekor monyet telah dirakamkan kamera semasa menyelamatkan seekor anak anjing dari lokasi letupan. Ia menggendong anak anjing sambil berlari keluar dari kilang tersebut.
Sekiranya peristiwa ini boleh mengetuk hati kecil kita, binatang juga boleh menunjukkan belas kasihan dan kebaikan kepada sesama mereka.
Kejadia letupan berkuasa tinggi tinggi itu terjadi ketika sebuah paip daripada kilang kimia di China terbakar pada tahun lepas. Letupan itu berlaku di Nanjing, ibu kota Wilayah Jiangsu, kira-kira pukul 10.00 pagi. Selain kematian dan kecederaan, letupan itu juga turut merosakkan kawasan sekitarnya. tingkap rumah, kedai dan pejabat rosak teruk dan memberi kesan sejauh 300 meter. Sementara penduduk yang lain menyangka telah berlaku gempa bumi.
Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥♥
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.
Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥
Langgan:
Catatan (Atom)